Saya Cinta Allah SWT
Berita Dan Pembelajaran Islamik Untuk Semua
Selasa, 21 April 2015
4 Alasan Kenapa Wanita Dedahkan Aurat
Isnin, 20 April 2015
10 Ciri Wanita Syiah
Secantik apapun wanita Syiah, aku tidak akan berminat," kata seorang lelaki muslim kepada temannya.
"Mengapa?"
"Sebab aku tidak tahu, dia sudah pernah mut'ah atau belum"
Lalu bagaimanakah ciri-ciri wanita Syiah agar seorang muslim tidak salah pilih saat mencari isteri atau mencari menantu?
Secara fizikal pandangan mereka boleh jadi sama dengan gambaran muslimah, sama-sama menutup aurat. Tetapi pada banyak peluang mereka mengenakan pakaian hitam-hitam (jubah hitam dan tudung hitam, tanpa cadar).
Pada beberapa acara keagamaan, selain mengenakan pakaian hitam-hitam, wanita Syiah juga memakai ikat kepala bertulis syiar Syiah. Sepintas, tulisan itu kelihatan biasa tetapi ternyata mempunyai makna seruan doa. Misalnya: Ya Ali, Ya Husain, Ya Fatimah.
Untuk menyamar kata Syiah, mereka menggantikannya dengan ahlul bait. Sehingga wanita Syiah sering menyebut istilah ahlul bait, mendakwa diri sebagai pecinta ahlul bait, mengemukakan pendapat ahlul bait ketika membahas persoalan agama dan mengunggulkan mazhab ahlul bait berbanding mazhab lain.
Menunjukkan ketidaksukaan terhadap para sahabat Nabi selain Ali bin Abu Talib ra. Pada keadaan yang 'kondusif' mereka menunjukkan kebenciannya kepada para sahabat Nabi dalam bentuk mencela hingga mengkafirkan, terutama para shabat utama seperti Abu Bakar ra, Umar bin Khatab ra, dan Utsman bin Affan ra.
Tidak mengakui Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah yang sah. Sebaliknya, mereka menganggap tiga khulafaur rasyidin itu sebagai pengkhianat dan perampas kuasa.
Walaupun ia kelihatan seperti aktivis Islam, wanita Syiah tidak suka menghadiri pengajian umat Islam ahlus sunnah, juga tidak suka berada di masjid ahlus sunnah.
Menghadiri perayaan-perayaan syiah seperti Idul Ghadir, peringatan Asyura dan lain-lain
Ketika puasa Ramadhan, mereka tidak akan berbuka seperti umat Islam tetapi menunggu beberapa saat selepas matahari terbenam sehingga kelihatan bintang-bintang.
Tidak berpuasa di hari asyura. Sebaliknya, mereka kelihatan bersedih dengan kesedihan yang mendalam pada hari itu demi mengingati tragedi Karbala Bersedia, bahkan senang dimut'ah. Mut'ah adalah kawin kontrak untuk jangka waktu tertentu baik dalam masa beberapa hari, bulan ataupun tahun.
Demikian 10 di antara ciri-ciri wanita Syiah.
3 Tanda Kiamat Besar Yang Telah Berlaku - Ulama' Mesir | Saya Cinta Allah SWT
Khamis, 12 Februari 2015
Aku bersyukur kerana tidak diberi penglihatan | Saya Cinta Allah
jawab anak itu ialah " aku bersyukur, aku tidak diberi penglihatan. aku sudah terlepas dari pertanyaan di akhirat kelak mengenai mataku yang tidak memandang Al-Quran. Tapi ia tidak menghalang aku membacanya dan mentadabbur."
sheikh itu tak henti-henti mengalir airmatanya. subhanallah. sungguh suci hati anak itu...SUBHALLAH...
Bacalah Sebelum Mati | Saya Cinta Allah
- Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
- Selawat ke atas Nabi
- Membaca tasbih
- Sentiasa membaca Al-Quran
- Memelihara solat terutama solat fardu
- Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
- Membaca tasbih
- Membanyakkan sedekah
- Sentiasa berzikir menyebut Allah
- Dusta
- Khianat
- Mengadu domba
- Kencing berdiri
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. "(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Umat Akhir Zaman | Saya Cinta Allah
Rabu, 11 Februari 2015
KERANA BUDAK KECIL WANITA TERBUKA HATI PELUK ISLAM | Saya Cinta Allah
Gambar sekadar Hiasan |
Sabtu, 7 Februari 2015
Hukum mandi tanpa Seutas Benang (Telanjang/Bogel) | Saya Cinta Allah
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.
"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.
Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: "Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."
Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan...
Walaubagaimanapun...apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
Wallahualam...
SOLAT ITU TIANG AGAMA | Saya Cinta Allah
Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan." (Hadis sahih Muslim)
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu di samping menunaikan rukun Islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.
Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam masjid-masjid dan surau-surau). Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan Allah SWT.
Begitu juga Allah SWT mewajibkan ke atas mereka supaya melakukan solat jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT, dapat juga mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, "Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat." (Hadis Riwayat Al-Bahari)
Solat dalam kehidupan seseorang muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin kepada kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus,"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya." (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)
Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)."
Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:
Pertama - Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.
Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Ketiga - Solat itu dapat membantu kita sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 153)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.
Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.
Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.
Dengan ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibadat solat, maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar kerana hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan Islam, tetapi tidak terbuka hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran Islam. Oleh itu, bagi mereka yang tidak melakukan solat, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal Allah SWT, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik? Seorang yang jujur, seorang yang amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu? Seorang yang pendengki, pengkhianat, suka melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat dan kelakuan orang yang tidak mengenal Allah SWT hasil daripada tindakannya tidak melakukan solat.
Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun Islam yang kedua ialah solat lima waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bahari bahawa seorang lelaki telah bertemu Rasulullah SAW lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga." Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda, "Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada Allah SWT, jangan menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa di bulan ramadhan." Lalu orang itu berkata: "Demi allah yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku." Setelah orang itu beredar, Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki itu."
Marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika Rasulullah SAW dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mampu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna. Insya Allah, solat juga merupakan penawar kepada umat Islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.
Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, murahkanlah amal rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian, kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Jumaat, 6 Februari 2015
Jauhi Tabiat Menipu | Saya Cinta Allah
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha.
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya.
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.
Selangor Permudahkan Suami Berpoligami
Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.