Isnin, 19 Januari 2015

Keajaiban Dalam Bencana Banjir

Disebalik kemusnahan yang dapat disaksikan dalam banjir tsunami yang menimpa Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah terdapat juga keajaiban yang menjadi pengajaran kepada kita.
Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa kejadian yang diceritakan setelah surutnya banjir tsunami tersebut.





Tafsir al Quran cantik tersusun dijumpai diatas bumbung rumah selepas banjir surut di Taman Krai. Ia mungkin dihanyutkan banjir dari sebuah masjid yang ditenggelami banjir.

Naskah al quran ini ditemui semasa operasi pembersihan di Machang. Ia telah berada didalam lumpur berhari-hari tapi apabila mukasuratnya dibuka ia sangat indah dengan tulisannya seolah-olah tidak terusik. Al-Quran adalah mukjizat yang dapat dilihat hingga skhir zaman.




Ini pula naskah tafsir oleh Sayyid Qutb masih juga terpelihara dan dalam keadaan baik.


Ini pula keadaan dalam sebuah surau. Walaupun ditenggelami banjir lumpur terdapat bahagian karpet sembahyang tidak terjejas.

Banjir yang luar biasa melanda Kelantan itu naik secara mendadak lebih dari 20m dalam masa yang singkat hinggakan rumah yang berada ditempat yang tinggi turut ditenggelami air.

Mengikut cerita yang sahih diceritakan oleh sukarelawan banjir. Mereka pergi kesatu lokasi yang terpencil kerana terdapat maklumat terdapat tumah anak yatim dan pusat tahfiz mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dipendalaman.

Pada anggapan mereka kemungkinan pondok tersebut alami kemusnahan besar kerana kedudukan pondok di tepi sungai.


Pondok yang ditujui oleh sukarelawan tersebut ialah pondok bernama Madrasatul Tarbiah Aulad yang berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong dan diuruskan oleh seorang ustaz yang digelar Pak Teh Din.


Berbanding dengan tempat-tempat lain yang mereka telah beri bantuan, perjalanan ketempat tersebut walaupun jauh ke pendalaman agak luar biasa kerana segala-galanya dipermudahkan Allah sejak dari mereka bermula lagi. Walaupun mereka tidak mengetahui lokasi pondok yang di tuju mereka merasakan bagai dipimpin untuk sampai ke sana dengan mudah walaupun hanya bertanya dengan beberapa orang sahaja.


Setelah masuk ke  Kg. Dabong mereka melihat kemusnahan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu mereka membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai. Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan sungai utama bawah stesen hidro TNB Sg.Kenerong, Stong, Dabong.
Apabila stesen hidro itu melepaskan air dalam keadaan air yang sudah begitu banyak, maka terjadilah gelombang tsunami yang begitu deras merempuh kawasan  tersebut!


Seperti di ceritakan sendiri oleh Pak Teh Din pemilik pondok tersebut, semasa gelombang air turun dari bukit ke sini..dengan lajunya, dengan tingginya..dengan arus yang ganas menggila...segala-gala yang ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..

Mereka yg berada dlm pondok ini terlalu takut melihat keadaan demikian. Pak Teh Din sendiri tak pernah  melihat keadaan begini seumur hidupnya.

Maka mereka menunaikan solat di madrasah yang sedang teruk dihempap air...lalu berdoa (dicatitkan sebahagian sahaja)

"Yaa Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya aku ini berada dalam rumahMu..dan aku mengajar dan menyebar agamaMu...
Dan mereka yang ada di sini adalah orang-orang yang belajar ilmuMu..
Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada...yang kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba2Mu yang bersedekah dijalanMu..
Dan kami semua adalah hamba2 Mu yang daif..

Dan sesungguhNya air hujan itu juga hambaMu..dan air sungai itu juga hambaMu..
Maka Engkau arahkanlah mereka itu ke tempat lain dengan kudratMu.."
(kemudian Pak.Teh Din membaca beberapa potong ayat lalu diaminkan doa tersebut)



Di sinilah Allah mnunjukkan kekuasaan Nya...!
Aliran arus air yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu BERALIH DAN MENGALIR KE ARAH LAIN...!!!
Masya Allah..Allahu Akbar..!!!
(kejadian arus air beralih arah ini disaksikan oleh semua yang berada di pondok tersebut pada waktu itu)

Akhirnya kawasan pondok2 ini mengalami kerosakan yang sangat minima...berbanding keadaan air yang merempuh kawasan ini..!
(Bayangkan walaupun dalam keadaan air yang sudah surut sungai tersebut masih lagi mengalir deras!)



Satu keajaiban juga dengan kekuasaan Allah, tidak ada satu pun pokok-pokok pisang yang ditanam oleh Pak Teh Din yang tumbang atau mati...Masya Allah. Pak Teh Din menanam beberapa ekar pokok pisang bagi menampung kewangan pondok tersebut.

Ahad, 18 Januari 2015

Subhaanallah, keajaiban dalam tubuh manusia


1. Manusia kehilangan 45-60 helai rambut setiap hari, tetapi kerana manusia memiliki 125,000 helai rambut baru setiap hari kita sebagai manusia tidak menyedari hal tersebut.

2. Otak manusia mempunyai 10 juta sel saraf, yang mempunyai kemampuan merakam lebih dari 86 juta bite (lebih kurang 11juta huruf) / sehari atau jika dikalkulasikan ingatan manusia selama hidupnya mencapai 100 trilion bite (sekitar 12.5 trilion huruf) 
3. Sel darah merah di dalam manusia yang mempunyai masa hidup sekitar 4 bulan menempuh perjalanan sekitar 1,600 km di dalam badan kita selama masa hidupnya
4. Rangkaian saraf otak manusia yang kini baru sebahagian dipetakan oleh ahli saraf, mempunyai daya kompleks 1400 kali lebih kompleks jika dibandingkan dengan rangkaian telefon saat ini
5. Setiap inci persegi tubuh manusia dihuni rata-rata 32 juta bakteria sehingga bakteria yang ada di seluruh tubuh manusia mencapai 100 bilion bakteria atau 20 kali berbanding dengan jumlah populasi manusia saat ini.
6. Jantung setiap hari menghabiskan tenaga yang besarnya cukup untuk mengangkat beban seberat hampir 1 tan ke ketinggian 13 meter. Maka sebagai contoh, jantung manusia yang telah berumur 50 tahun telah melakukan kerja yang sama dengan mengangkat beban 18.000 tan ke ketinggian 230 km atau boleh dikatakan berat itu sendiri beberapa kali lebih berat berbanding muatan terberat yang pernah ditempatkan di orbit bumi, Subhanallah
7. Pada saat anda berbaring tubuh anda menuntut agar anda menghirup udara sekitar 8 quart (1 quart = 0,9463 Liter) tiap minit. Jika anda bangun dari tidur (sit-up) = 16 quart, berjalan 24 quart, berlari 50 quart. Bayangkan berapa liter banyaknya oksigen yang telah kita hirup setiap hari, bagaimana jika seluruh penduduk dunia? Bagaimana jika dijual? Subhanallah
8. Pada saat ini juga di otak anda setiap detiknya, kira-kira 100,000 reaksi kimia yang berlainan.
9. Impuls saraf dari saraf ke saraf di dalam otak berkelajuan sehingga 400km/jam
10. Jika manusia melakukan aktivititas hubungan badan, setiap pasangan jika ditukar ke dalam tenaga elektrik dapat membangkitkan tenaga tidak kurang dari 3,000 watt yang cukup untuk menyalakan televisyen, peti sejuk, Air Conditioner dan elektronik yang lain.

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

15 rahsia keajaiban kaabah yang perlu diketahui


Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah



RASULULLAH saw bersabda: "Islam dibina di atas lima perkara; memberi keterangan bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allâh dan Nabi Muhammad adalah utusan Allâh, menegakkan solat .... "(HR Bukhari dan Muslim).

Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahawa solat merupakan tiang dari dien ini. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam solat mereka. Mulakan kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sampai imam mengucapkan salam. Dan selepas usai, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullâh pernah mengatakan: "Wahai, anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: "Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. "(Tabyinul Mahaarim).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Lelaki yang melarikan diri.

5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba '.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk. "

3 Ahli Sembahyang Masuk Neraka


Keterangan

1. Lalai - Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

2. Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.

3. Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...." 



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku. 



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya. 



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tidak Tahu Baca Al-Quran, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit


"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta  Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Subhanallah..Subhanallah

Wanita Melayu Akhir Zaman



1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu.

Advertisement

Sharing is Caring !