Sabtu, 7 Februari 2015

Hukum mandi tanpa Seutas Benang (Telanjang/Bogel) | Saya Cinta Allah

 

Apakah hukum mandi bogel?
Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. 

"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].

Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama' salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain.  Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: "Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."

Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh  kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan...

Walaubagaimanapun...apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.
Wallahualam...

SOLAT ITU TIANG AGAMA | Saya Cinta Allah


Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, di samping mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi larangannya.

Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan." (Hadis sahih Muslim)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu di samping menunaikan rukun Islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.

Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam masjid-masjid dan surau-surau). Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

Begitu juga Allah SWT mewajibkan ke atas mereka supaya melakukan solat jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT, dapat juga mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, "Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat." (Hadis Riwayat Al-Bahari)

Solat dalam kehidupan seseorang muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin kepada kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus,"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya." (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)."

Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:

Pertama - Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.

Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ketiga - Solat itu dapat membantu kita sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 153)

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.

Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.

Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.

Dengan ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibadat solat, maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar kerana hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan Islam, tetapi tidak terbuka hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran Islam. Oleh itu, bagi mereka yang tidak melakukan solat, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal Allah SWT, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik? Seorang yang jujur, seorang yang amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu? Seorang yang pendengki, pengkhianat, suka melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat dan kelakuan orang yang tidak mengenal Allah SWT hasil daripada tindakannya tidak melakukan solat.

Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun Islam yang kedua ialah solat lima waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bahari bahawa seorang lelaki telah bertemu Rasulullah SAW lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga." Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda, "Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada Allah SWT, jangan menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa di bulan ramadhan." Lalu orang itu berkata: "Demi allah yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku." Setelah orang itu beredar, Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki itu."

Marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika Rasulullah SAW dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mampu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna. Insya Allah, solat juga merupakan penawar kepada umat Islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, murahkanlah amal rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian, kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Jumaat, 6 Februari 2015

Jauhi Tabiat Menipu | Saya Cinta Allah



Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya. Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30) Dalam sebuaha riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oelh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau peniupu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

Berusahalah untuk bertaubat daripada pekerjaan menipu ini :
1. Kembali kepada Allah SWT dengan mengikuti segala ajaran-Nya dan bertaubat dengan taubat nasuha. 
2. Bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenarnya sambil mengharapkan keutamaan-Nya. 
3. Bersyukur kepada Allah kerana telah membuka hati kita kepada bertaubat kepada-Nya, insya Allah segala kesilapan yang telah kita lakukan pada masa silam akan diampunkan-Nya.

Selangor Permudahkan Suami Berpoligami

poligami

Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana kometmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang saying kepada anda, cek semulalah kometmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kometmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak sudah sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kometmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam

Ahad, 1 Februari 2015

IBUMU....KEMUDIAN IBUMU....KEMUDIAN IBUMU.. | Saya Cinta Allah



Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”. Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Isalam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang menbabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dan hari akhirat.

Penyebab Anak Derhaka

Kisah-kisah melawan ibu bapa dengan kata-kata kesat saperti sudah menjadi perkara biasa di kalangan generasi muda hari ini. Lebih menakutkan nyawa ibu bapa bagaikan ayam yang sudah disembelih kemudian dilemparkan sesuka hati. Malah ada juga kes membuang ibu ayah macam guna lampin pakai-buang!. Langsung tak membekas rasa sayang, apa lagi takut akan jadi derhaka dan dimurkai ALLAH.

Perkara yan g mesti dilihat:

1. Semak punca rezki. Banyak rezki tak berkat. Dulu ibu bapa miskin tapi rezki berkat.
2. Apabila membeli makanan untuk anak-anak fikirkan cara penyediaannya adakah benar-benar halal dan baik.
3. Doa yang tak makbul – ia berkait dengan sumber rezki yang kita cari.
4. Tak betul cara berdoa – segala lintasan buruk di kepala kita terhadap anak, doa anak melalui sumpah seranah, maki hamun, umpat keji dan cerca nista.
5. Tidak berdoa langsung – tidak pernah terfikir hendak berdoa untuk anak dan tak kisah apa nak jadi terhadap anak.
6. Hubungan dengan ALLAH rapuh – amal ibadat tidak konsisten, buat ikut suka sempat.
7. Hati ibu bapa mungkin kotor dengan ALLAH – selalu Sangka buruk dengan ALLAH.
8. Derhaka ibu bapa terhadap orang tua mereka – ini antara sebab anak kita jadi derhaka dengan kita sebab kita pernah menderhakai ibu bapa kita. Ini pembalasan ALLAH untuk mengingati kembali kesalahan yang pernah kita buat terhadap orang lain.
9. Suasan rumah tabgga hiburan – suasana zaman sekarang di dalam rumah sudah banyak suasana hiburan di mana budaya hedonisme iaitu budaya sukakan hiburan yang disiarkan melalui TV.
10. Pendidikan yang ada hari ini tidak seimbang – pendidikan membentuk akal jadi pintar, jadi orang berilmu serius diperjuangkan. Ramai yang pintar tapi tidak pintar mengurus rohaninya, jadi sombong.
11. Bangga buat salah, takut buat baik – Zaman sekarang dunia sudah berubah, berani kerana salah, takut kerana benar. Bangga buat salah, buat kemungkaran depan mata awam, berpeluk cium depan khalayak, tapi tidak ada yang berani hendak tegur takut akan diancam diri dan keluarga. Lau jadilah kehidupan ‘engkau, engkau, aku, aku’.
12. Ibu bapa cakap tak serupa bikin – Anak-anak tidak belajar dari apa yang ibu bapa cakap, mereka belajar dari apa yang ibu bapa buat. Kalau ibu bapa bergaduh depan anak, anak pula akan berani bergaduh dengan adik-beradik, bergaduh dengan kawan-kawan. Berani keluar kata kesat, maki-hamun macam emak ayah buat.
13. Kita tidak menyayangi kanak-kanak, Nabi SAW berpesan, “ Bukan dari umatku kalau orang tua tak sayang orang muda.” Nabi berpesan dalam mendidik anak-anak hendaklah berlemah-lembut tapi bukan bermakna bersenang-senang.
14. Sayang anak cara salah. Beri kemewahan, bagi duit tapi tak ajar cara mengurus duit, tak bagi doa peneguh jiwa. Kita rotan anak malas belajar tapi tak rotan anak kalau malas solat lima waktu. Ramai ibu ayah yang tidak kejut anak Solat Suboh cuti hujung minggu sebab kasihan anak letih belajar.
15. Getaran songsang. Kita sibuk memikirkan masaalah anak nakal dan malas. Kita marahi mereka tetapi kita tidak cari kekuatan dalam diri mereka yang patut dirai dan dicungkil bakatnya. Kita hendak anak pandai tetapi asyik kutuk kelemahannya. Inilah yang dikatakan getaran songsang, getaran tidak serasi. Jika kita hendak anak jadi baik dan pandai, tumpukan kepada sifat positif ini supaya anak rasa terbela dan bangga dirinya diraikan.
16. Emosi ibu dan bapa semasa anak dalam kandungan.
17. Tidak berzakat. Setiap harta yang ada perlu dirujuk kepada pihak yang berkenaan untuk dinilai jumlah zakat. Jangan disorok atau kerana telah membayar cukai pendapatan zakat diabaikan.
18. Sihir dan Saka. Antara kesan saka ialah menyebabkan seseorang itu malas solat dan selalu bergaduh, rumah tangga tidak tenteram.

Langkah Pembaikan Diri Ibu Bapa:

1. Jaga keterampilan ibu bapa – Jaga keterampilan ibu bapa di depan anak. Minta pada ALLAH supaya perelokkan akhlak dan kejadian kita. Saperti doa yang terkandung ketika kita hendak melihat cermin, “Ya ALLAH, sebagaimana Engkau perelokkan kejadianku, maka Engakau perelokkan akhlakku.” Jaga budi pekerti dan kesantunan diri supaya dikasihi ALLAH dan makhluk seluruhnya.
2. Kemaskan solat, perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat dan doa – kerana para Nabi sendiri pun berdoa, jadi siaplah yang sombong tetapi miskin dan malas hendak berdoa. Nabi ibrahim a.s juga beroda merangsang diri dan keluarganya agar jaga solat. Doanya di dalam al-Quran, surah Ibrahim ayat 40:” Ya Tuhanku, jadikan aku orang yang mendirikan solat, begitu pun anak-anakku. Ya Tuhan kami, dan perkenankanlah doaku.”
3. Apabila ada masaalh jangan cepat salahkan orang lain. Jangan cepat cari salah anak. Cari salah sendiri dulu. Ingat-ingatkan kembali pernahkah kita buat perkara yang sama pada orang lain. Cepat minta maaf dengan orang yang pernah kita buat aniaya, atau kita pernah derhaka dengan orang tua di kampong. Kalau mereka telah tiada, minta ampun dengan ALLAH atas dosa-dosa yang pernah kita buat. Mudah-mudahan dengan cara ini ALLAH selamtkan anak kita.
4. Biasakan bersedekah – Pasangkan niat yang baik-baik untuk diri, anak-anak dan keluarga ketika menghulurkan sedekah ke tabung masjid misalnya. Sedekah itu merawat berbagai masaalah. Insya-ALLAH bantu diselamatkan anak-anak kita dari bala bencana. Malaikat turut sama doakan kita. Untuk bersedekah, berilah yang terbaik bukan yang terburuk atau jumlah wang yang paling kecil. Kerana janji ALLAH kalau kamu bagi satu ALLAH akan balas sepuluh kali ganda.
5. Bantu Sedekah Untuk ALLAH. Maksudnya tolong hidupkan suasana di masjid, kalau masjid atau surau sunyi, kita meriahkan, ajak orang datang. Kalau surau bersepah, kiata ajak anak-anak tolong sama bersihkan. Kita buat dengan niat supaya orang seronok hendak datang ke rumah ALLAH. Jangan berkira kudrat yang dicurahkan.
6. Syang dan raikan anak-anak. Raikan juga kawan anak-anak. Kanak-kanak hatinya bersih dan doa mereka mudah terangkat.
7. Fokas kepada sifat baik anak, raikan kecenderongan baik dan minat mereka.
8. Jangan mengata orang lain, kerana apa yang dikatakan akan terpalit juga pada diri kita.
9. Jaga suasana dalam rumahtangga, hidupkan budaya ilmu dan perbincangan.

Fenomena Anak Derhaka- Muhasabah Kembali Cara Didikan

Setiap anak dilahirkan ke dunia ini berada dalam keadaan suci bersih atau dinamakan fitrah. Kedua ibu bapanya yang akan mencorak kehidupan atau keperibadian si anak sama ada mereka akan menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau pun Majusi.

Berterskan hadis Rasulullah SAW di atas, para ibu bapa disaran agar menyemak kembali atau melakukan proses muhasabah kaedah pendidikan yang mereka terapkan pada anak-anak selama ini. Fenomena anak derhaka yang banyak terjadi pada hari ini boleh dikaitkan sebagai sebahagian tanda-tanda ahkir zaman.

Ini disebut dalam sebuat hadis Nabi diriwayatkan oleh Imam Tarmizi: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah SAW bersabda:”Apabila umatku membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabil amanah dijadikan satu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sebaliknya dia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7. Dia suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama(sahabat).

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

Seorang anak juga perlu faham tanggungjawab mereka bertambah berat lagi sekiranya mereka punya orang tua yang sudah tua dan nyanyuk. Ini ditegaskan ALLAH Taala dalam surah al-Isra’ ayat 23:”Dan Tuhanmu telah memerentahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkattan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada perkataan yang mulia.”

Oleh itu, sebagai anak kita perlu yakin orang yang memuliakan kedua ibubapa, hidupnya akan diberkati. Rezki akan dimurahkan ALLAH. Sebaliknya bagi anak yang derhaka, hidupnya tidak berkat walau dikelilingi wang menimbun, hidupnya tetap tidak aman dan tenteram.

Tip Mendidik

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengamalkan beberapa disiplin tertentu dalam mengemudi kehidupan rumahtangga, antaranya:

· Kawal rancangan televisyen – kita, ibu bapa hendaklah mengawasi apa-apa rancangan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak.
· Kawal permakanan – pastikan makanan yang kita bawa balik ke rumah adalah dari sumber yang halal lagi baik.
· Amalan makan bersama – Walau sibuk sekali pun kita pastikan dapat makan bersama dengan anak-anak.
· Kualiti masa bersama anak-anak - kita hendaklah meluangkan masa bersenda-gurau dan bermain bersama anak-anak. Yang penting kita ada masa untuk bersama-sama mereka.
· Selalu peluk anak – Nabi SAW insan pengasih yang selalu memeluk anaknya dan Baginda SAW pernah berkata, “ ALLAH Taala tidak akan merahmati mereka yang tidak merhmati insan yang kecil.”
· Berdoa – Setiap hari kita mesti doakan anak-anak kita apa lagi ketika sedang bersama-sama mereka. Seelok nya selepas solat berjemaah bersama-sama isteri dan anak-anak, ayah akan membaca doa. Tujuannya agar anak kita akan mendengar apakah doa dan pengharapan kita ibu bapanya kepada ALLAH yang Esa.
· Majlis perhimpunan keluarga untuk menerbitkan kasih sayang bersama .
· Amalkan sifat adil – Layani setiap anak sama rata tanpa mengira kelebihan dan kelemahan masing-masing. Selalu beri galakan pada mereka dengan kata-kata peransang. Keadilan bukan sahaja pada anak-anak tetapi keadilan pada diri sendiri. Sebagai ayah jangan malu mengaku kalau berbuat silap, berani mengaku dan minta maaf pada anak-anak.
· Didik anak minta izin – Didik mereka meminta izin jika mereka ada apa-apa keperluan atau hajat.
· Pantau anak-anak – Sebagai ketua keluarga kita perlu memantau perbuatan anak-anak, lihat sama ada dia benar-benar sudah solat lima waktu dan rajinlah bertanya.
· Akhlak bersama isteri – Jaga hubungan suami isteri dan akhlak di hadapan anak-anak. Jangan kita berkelahi suami isteri di hadapan anak-anak. Jangan menghina kesilapan masing-masing di dahapan anak-anak kerana itu semua akan mengurangkan rasa hormat mereka kepada orang tua mereka.
· Ceritakan pengorbanan ibu – tanamkan kesedaran pada anak-anak tentang pengorbanan ibu mereka. Galakkan mereka membalas jasa dan budi kepada ibu yang telah bersusah payah mengasuh anak-anak dari kecil hingga dewasa.

Siapa Derhaka Siapa

Mari kita renung dan menilai diri kita masing-masing di mana kedudukan kita dari kisah seorang ayah mengadu kepada khalifah Umar tentang anaknya yang derhaka:

“Seorang ayah datang mengadu kepada Khalifah Umar tentang anaknya yang derhaka. Kbu yang baik(keturunan baik). Khalifah Umar memanggil anaknya itu lalu memarahinya. Si anak pun menjawab. “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya? “ Khalifah pun menjawab, “ Ada. Memilih ibu yang baik(keturunan baik). Memberi nama yang baik dan mengajarnya al-Quran,” Si anak segera menjawab, “Ayah saya tidak pernah melakukan demikian. Ibu saya seorang zanjiyah (bekas kilt hitam), bekas isteri kepada seorang Majusi. Mereka menamakan saya Joul(lipas) dan belum pernah mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran.”

Setelah mendengar jawapan anak itu, Khalifah Umar berkata kepada ayahnya.

“Engkau datang mengadu tentang anakmu derhaka, tetapi sebenarnya engkau telah menderhakakannya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu.”

Pesanan untuk isteri

Guru pertama seorang anak ialah ibu. Ibu kena tunjuk contoh baik sebab Allah telah mengangkat martabat kemulian ibu tiga kali ganda. Andai berlaku dilema memudaratkan dalam rumah tangga yang memerlukan naka memilih antara ibu atau ayah, ibarat didalan,”diluah mati emak, ditelan mati bapa,” maka telanlah bapa. Muliakan emak.

Buat apa yang kita mampu buat yang terbaik terhadap pasangan. Kena yakin kita adalah pasangan ideal yang Allah tentukan jodoh.

Jangan cakap kasar dengan suami walau kita tahu suami memang bersalah. Pantang orang lelaki dikasari.

Dalam mengingatkan suami bab solat, kalau takut dia terleka maka cakap dengan lembut. Pesan cara positif. Pujuk sekali saja, contoh, “Bang dah Magrib tu...” Tak payah ulang-ulang lagi. Kerja isteri teruskan berdoa.

Untuk suami nerubah jadi baik, isteri kena berubah jadi baik dulu luar dan dalam. Suami lambat-laun akan perasan dan ikut berubah.

Untuk dapat anak yang soleh, fokus kepada pembentukan diri anak, jangan sibuk kaitkan kelemahan anak dengan perangai buruk suami. Ini akan jadi hijab (halangan) ke arah pembetukan peribadi dan kecermalangan anak.

Jangan sibuk cari kesilapan suami. Fokuslah mencari kebaikan yang telah dibuat sebanyak-banyaknya. Kata Sayidina Ali r.a., “Kalau orang sibuk membetulkan kesilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain.”

Kesimpulannya , Sayangi lah kedua ibu bapa kita semasa mereka masih hidup. Kasihanilah mereka saperti nama mereka mengasihani kita semasa kita kecil. Sentiasalah kita berdoa kepada keduanya jika mereka telah tiada lagi di dunia ini. Siapalah kita tanpa mereka berdua.


Sifat Rahmat & Kasih Sayang Allah | Saya Cinta Allah


Sifat Rahmat Allah swt boleh difahami kasih sayang Allah itu amat luas dan agung ke atas hamba-hamba dan sekalian makhluk-Nya. Sehebat mana kasih sayang suami terhadap isterinya, setinggi mana kasih sayang ibu kepada anaknya dan sedalam mana cinta pasangan kekasih tetap tidak dapat menandingi sifat rahmat dan kasih sayang Allah swt….



Ta’arif (Definisi) Sifat Rahmat :

Dalam Kitab Mausu’ah Islamiyyah Ammah menta’rifkan sifat rahmat itu sebagaimana berikut:

Pada bahasa: kelembutan (الرقة) dan beramah mesra atau belas kasihan (التعطف)

Dari sudut Istilah:

Menyampaikan kebaikan iaitu: lemah-lembut dan belas ehsan, melepaskan manusia dari mara bahaya atau membebaskan manusia daripada cenderung kepada kejahatan serta menyampaikan kebaikan kepada mereka. Maka membantu golongan yang lemah itu rahmat, menolong golongan yang memerlukan itu rahmat, meringankan beban seseorang itu rahmat, tidak menekan golongan bawahan itu rahmat dan bermuamalat dengan penuh kasih sayang terutama kepada kedua ibubapa itu rahmat.





Jumlah kalimah rahmat

Bilangan kalimat Rahmat dalam al-Quran diulang sebut sebanyak 79 kali manakala kata dasar (رحم) disebut sebanyak 336 kali merangkumi nama Allah dan sifat-Nya; contohnya (الرحمن- الرحيم- رحما)





Sebahagian sifat rahmat pada sunnah

Pertama: Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang wanita pada anaknya

قدم على النبي صلى الله عليه وسلم سبي، فإذا امرأة من السبي قد تحلب ثديها تسقي، إذا وجدت صبياً في السبي أخذته، فألصقته ببطنها وأرضعته، فقال لنا النبي صلى الله عليه وسلم: (أترون هذه طارحة ولدها في النار). قلنا: لا، وهي تقدر على أن لا تطرحه، فقال: (لله أرحم بعباده من هذه بولدها

“Didatangkan tawanan kehadapan Rasulullah saw, ketika itu ada seorang wanita yang payudaranya basah kerana sedang menyusui, lalu ia mendapati seorang bayi di antara tawanan, maka ia pun mangambilnya dan menempelkannya pada perutnya lalu menyusuinya. Rasulullah saw pun berkata kepada kami: “Menurut kalian apakah wanita ini akan melempar anaknya ke dalam api?”, kami pun menjawab : “tidak, dan ia mampu untuk tidak melemparnya”, maka Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih sayang terhadap hamba-Nya melebihi wanita ini terhadap anaknya.”



Kedua: Berjemaah itu rahmat berpecah itu azab sebagaimana sabda baginda saw (Musnid Ahmad):

الجماعة رحمة والفرقة عذاب
Bermaksud: berjemaah itu rahmat berpecah itu azab



Ketiga: 10 hari terawal bulan ramadhan

أوله رحمة وأوسطه مغفرة وأخره عتق من النار
Bermaksud: mulanya (Ramadhan) Rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya bebas dari api neraka.



Keempat: Dalam doa kepada kedua ibu bapa sebagaimana doa yang diajar oleh baginda saw seperti berikut:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ، رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Bermaksud: Ya Allah.. Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..”



Kelima: Mendoakan rahmat kepada saudara seagama ketika bersing (يرحمكم الله) bermaksud: semoga Allah merahmati kamu. Sebagaimana hadis di bawah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Ertinya: Daripada Abu Hurairah ra, daripada sabda Baginda Nabi s.a.w: Apabila salah-seorang kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “الْحَمْدُ لِلَّهِ“. Dan hendaklah pula saudara ataupun kawan (di sisinya yang mendengar ucapan itu) menyebut: “يَرْحَمُكَ اللَّهُ“. Dan apabila dia menyebut “يَرْحَمُكَ اللَّهُ“ maka hendaklah (yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan) mengatakan : “ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ “ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari



Keenam: Selalu juga perkataan Rahmat digunakan apabila berlaku peselisihan pendapat dalam melontarkan pandangan dan berijtihad. Maka diperdengarkan sabda Rasulullah saw. bermaksud:

اختلاف امتي رحمة
Ikhtilaf umatku adalah rahmat.(Riwayat Maqdisi, Baihaqi dan Haramain).



Ketujuh: Orang mukmin itu seumpama satu tubuh diriwayatkan kitab Sohih Bukhari dalam bab Adab

مثل المؤمنين في توادهم وتعاطفهم وتراحمهم مثل الجسد إذا اشتكي منه شيء تداعي له سائر الجسد بالسهر والحمي
“Permisalan kaum mukminin satu dengan lainnya dalam hal kasih sayang, tolong menolong dan kecintaan, bagaikan tubuh yang satu, jika salah satu anggotanya mengeluh sakit, maka seluruh tubuh akan merasa demam atau terjaga.



Kelapan: Berkasih sayang semasa muslim insyaAllah akan dikasih oleh yang zat yang Maha Pengasih sebagai mana Hadith riwayat al-Tirmidhi ini:

“الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء”
Bermaksud: Pengasih-pengasih itu bakal dikasihi oleh Zat Yang Maha Pengasih. Karena itu kasihilah orang-orang di permukaan bumi ini, tentu orang-orang yang ada di langit mengasihimu sekalian.



Kesembilan: Sifat rahmah Allah swt melebihi kemurkaan-Nya

لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِى كِتَابِهِ ، فَهْوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِى غَلَبَتْ غَضَبِى
Maksudnya: Ketika Allah menetapkan ketentuan bagi makhluk-Nya, Dia menulis dalam kitab-Nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku. Kitab tersebut berada di sisi-Nya yang berada di atas ‘Arsy.”
Kesepuluh: Penyakit taun rahmat kepada orang yang beriman azab kepada yang tidak beriman

عن عائشة رضي الله عنها قالت: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله علي من يشاء وأن الله عز وجل جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلاً ما كتب الله له مثل أجر شهيد(صحيح البخارى)

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)



Kesebelas: Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing dan gambar atau patung

فَجَاءَ جِبْرِيلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ وَاعَدْتَنِي فَجَلَسْتُ لَكَ فَلَمْ تَأْتِ، فَقَالَ: ” مَنَعَنِي الْكَلْبُ الَّذِي كَانَ فِي بَيْتِكَ إِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ

Maka telah datang Jibril, dan berkata Rasulullah saw: Kamu telah berjanji dengan saya dan saya telah duduk untuk kamu tetapi kamu tidak datang! Maka dia berkata: Telah menegah saya anjing yang ada di dalam rumah kamu. Sesungguhnya kami tidak masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan tidak patung.



Keduabelas: Rahmat Allah swt di hari akhirat

عَنِ ابْنِ أَبِي مَلِيْكَةَ أَنْ عَائِشَة َرَضِيَ اللهُ عَنْهَا، زَوْجَةَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لاَ تَسْمَعُ شَيْئاً لاَ تَعْرِفُهُ إِلَّا رَاجَعَتْ فِيْهِ حَتَّى تَعْرِفَهُ، وَأَنْ النَّبِيْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ‏”مَنْ حُوْسِبَ عُذِّبَ.‏”‏ قَالَتْ عَائِشَةَ: فَقُلْتُ: أَوَ لَيْسَ يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ‏[‏فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَاباً يَسِيْراً]‏؟ قَالَتْ: فَقَالَ: ‏”إِنَّمَا ذَلِكَ الْعِرْضُ، وَلَكِنْ مَنْ نُوْقِشَ الحِْسَابُ يَهْلَكْ‏‏‏.”‏ رواه البخاري، كتاب العلم، باب من سمع شيئا، فراجع حتى يعرفه.

Dari Ibnu Abu Malikah bahawa Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. tidak akan mendengar (dan menerima) sesuatu yang tidak diketahuinya kecuali setelah mengkaji dan merujuk perkara tersebut sehingga dia tahu (kebenarannya), bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dihisab akan diseksa.” Aisyah berkata: aku berkata: Bukankah Allah SWT telah berfirman: Maka akan dihisab dengan penghisaban yang mudah? Kemudian dia berkata: baginda bersabda: “Sesungguh yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah pendedahan amalan, namun sekiranya seseorang itu penghisabannya dibicarakan maka pasti padah menimpanya.” Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ilmu, Bab Sesiapa yang Mendengar Sesuatu maka Kajilah Dahulu Sehingga Dia Mengetahui (Kebenarannya).



Ketigabelas: Memberi Salam

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال السلام عليكم فرد عليه السلام ثم جلس فقال النبي صلى الله عليه وسلم عشر ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله فرد عليه فجلس فقال عشرون ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله وبركاته فرد عليه فجلس فقال ثلاثون

Seseorang datang kepada Nabi Sallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh”. Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”. Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud – Dinilai Hasan oleh at-Tirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir]

Dengan rahmat-Mu kami meminta tolong

Advertisement

Sharing is Caring !