Selasa, 21 April 2015

4 Alasan Kenapa Wanita Dedahkan Aurat


Kadang-kadang kita pelik kenapa wanita Islam tidak memakai tudung. Ini
merupakan 4 alasan utama mereka dan jawapan kepada alasan mereka.

Alasan 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak
melakukan perkara tak senonoh?

“Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga
tingkah laku”

Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman
yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu
menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi
anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi,
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah
semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri,
tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di
sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita
sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan
khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi
juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Alasan 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan
saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka
lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang
kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat
sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang
sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah
anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup
aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu,
sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri
kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik
Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri
kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis
dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu
sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik
darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka
melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah
atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

Alasan 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya
sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan
kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan: Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita
muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit
dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat,
puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada
seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas
dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu
kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa
ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana
secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI
iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar
dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun
jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK
MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di
sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya,
dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila
dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit
kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram
yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata
lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least
dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Alasan 4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila
tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba
tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya
bersedia”

Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di
rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian
akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih
panjang beberapa minggu lagi.

::SHARE TO OTHERS::

Isnin, 20 April 2015

10 Ciri Wanita Syiah

Secantik apapun wanita Syiah, aku tidak akan berminat," kata seorang lelaki muslim kepada temannya.

"Mengapa?"
"Sebab aku tidak tahu, dia sudah pernah mut'ah atau belum"

Lalu bagaimanakah ciri-ciri wanita Syiah agar seorang muslim tidak salah pilih saat mencari isteri atau mencari menantu?

Secara fizikal pandangan mereka boleh jadi sama dengan gambaran muslimah, sama-sama menutup aurat. Tetapi pada banyak peluang mereka mengenakan pakaian hitam-hitam (jubah hitam dan tudung hitam, tanpa cadar).

Pada beberapa acara keagamaan, selain mengenakan pakaian hitam-hitam, wanita Syiah juga memakai ikat kepala bertulis syiar Syiah. Sepintas, tulisan itu kelihatan biasa tetapi ternyata mempunyai makna seruan doa. Misalnya: Ya Ali, Ya Husain, Ya Fatimah.

Untuk menyamar kata Syiah, mereka menggantikannya dengan ahlul bait. Sehingga wanita Syiah sering menyebut istilah ahlul bait, mendakwa diri sebagai pecinta ahlul bait, mengemukakan pendapat ahlul bait ketika membahas persoalan agama dan mengunggulkan mazhab ahlul bait berbanding mazhab lain.

Menunjukkan ketidaksukaan terhadap para sahabat Nabi selain Ali bin Abu Talib ra. Pada keadaan yang 'kondusif' mereka menunjukkan kebenciannya kepada para sahabat Nabi dalam bentuk mencela hingga mengkafirkan, terutama para shabat utama seperti Abu Bakar ra, Umar bin Khatab ra, dan Utsman bin Affan ra.

Tidak mengakui Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah yang sah. Sebaliknya, mereka menganggap tiga khulafaur rasyidin itu sebagai pengkhianat dan perampas kuasa.

Walaupun ia kelihatan seperti aktivis Islam, wanita Syiah tidak suka menghadiri pengajian umat Islam ahlus sunnah, juga tidak suka berada di masjid ahlus sunnah.

Menghadiri perayaan-perayaan syiah seperti Idul Ghadir, peringatan Asyura dan lain-lain

Ketika puasa Ramadhan, mereka tidak akan berbuka seperti umat Islam tetapi menunggu beberapa saat selepas matahari terbenam sehingga kelihatan bintang-bintang.

Tidak berpuasa di hari asyura. Sebaliknya, mereka kelihatan bersedih dengan kesedihan yang mendalam pada hari itu demi mengingati tragedi Karbala Bersedia, bahkan senang dimut'ah. Mut'ah adalah kawin kontrak untuk jangka waktu tertentu baik dalam masa beberapa hari, bulan ataupun tahun.

Demikian 10 di antara ciri-ciri wanita Syiah.

3 Tanda Kiamat Besar Yang Telah Berlaku - Ulama' Mesir | Saya Cinta Allah SWT

Kiamat kubra makin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaa
setelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwa
televisyen baru-baru ini, bekas Mufti Mesir itu menyatakan bahawa tiga
tanda bermulanya kiamat kubra sudah kelihatan dan berlaku.

*Tanda pertama* yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media Arab
Albadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerah
Nakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.

*Tanda kedua* menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasik
yang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada
2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberias
diramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.

Ali Gomaa
Pada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak boleh
diambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayah
Lubnan.

*Tanda ketiga *menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mata
air Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan.
Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.

Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani
memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.

Bahkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat memastikan
bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya
kepada beliau, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab "yang
ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya

Advertisement

Sharing is Caring !