Kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan anugerah
besar. Ini kerana pada 40 tahun kemudian, beliau telah diutus menjadi
Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Jazirah Arab dari
kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam.
Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah telah nampak sejak beliau
dilahirkan. Dimana, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran
Nabi ini:
1. Penghancuran Pasukan Gajah
Tahun kelahiran Rasulullah dikenal sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari
sebelum beliau dilahirkan berlakunya persitiwa ajaib. Dimana Ka’bah
diselamatkan Allah dari serbuan pasukan gajah.
Adalah Abrahah Ash Shabbah Al Habsi, Raja Yaman, mendirikan gereja
sangat besar di Shan’a. Ia berharap orang-orang Arab yang biasa berhaji
ke Makkah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Nyatanya, gereja itu
tidak mengusik daya tarik ka’bah.
Abrahah semakin marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang
melumuri pusat kiblat gereja dengan kotoran. Ia pun kemudian menghimpun
enam puluh ribu pasukan. Sebagai kenderaan, ia memilih gajah yang paling
besar. Pun sebagian pasukannya menaiki gajah sehingga dikenal sebagai
pasukan gajah.
Setibanya di Wadi Muhasshir, antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba
gajahnya menderum. Tak mau bangkit mendekati arah Ka’bah. Jika diarahkan
ke arah lain, gajah itu mahu berjalan. Tetapi jika dicuba kembali
diarahkan ke Ka’bah, gajah itu menderum lagi.
Dalam keadaan demikian, Allah mengirimkan burung-burung Ababil yang
menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah
ka’bah. Dan tahun itu pun disebut sebagai tahun gajah.
Seluruh ulama sepakat bahawa Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin bulan
Rabi’ul Awal tahun Gajah. Namun mengenai tarikh tersebut terdapat
perselisihan pendapat. Majoriti ulama berpendapat pada tarikh 12 Rabi’ul
Awal. Sedangkan sebahagian lagi ulama termasuk Syaikh Shafiyurrahman Al
Mubarakfury berpendapat bahawa 9 Rabi’ul Awal adalah tarikh sebenar
Rasulullah dilahirkan.
Pada hari kelahiran Rasulullah terjadi sejumlah peristiwa ajaib.
Diantaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah
hingga menyinari istana-istana di Syam.
“Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam,” kata ibunda Rasulullah, Aminah, seperti diriwayatkan Ibnu Sa’d dan dinukil Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.
Menurut penulis Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum ini, Imam Ahmad juga
meriwayatkan dari Al Arbadh bin Sariyah yang isinya serupa dengan
perkataan tersebut.
3. Runtuhnya 10 Balkon Istana Kisra
4. Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi
5. Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah
Peristiwa ke-3 hingga ke-5 ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi. “Sekalipun
tidak diakui oleh Muhammad Al Ghazali,” kata Al Mubarakfury. Muhammad Al
Ghazali adalah ulama Mesir penulis kitab Fiqhus Sirah.
Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida] sumber : bersamadakwah.com