Niagara terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah
tersohor di kalangan pelancong kerana kemegahan air terjunnya. Kini air
terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais akibat
terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya kelihatan seperti
stalaktit dan stalakmit yang biasa boleh dijumpai di dalam gua.
Meskipun telah membeku, namun air sungai Niagara tetap mengalir sehingga
menjadi tirai ais. Beberapa orang penduduk yang kuat melawan hawa
dingin kelihatan berjalan-jalan di sekitar Niagara untuk menyaksikan
pemandangan tak lazim tersebut.