Jumaat, 30 Januari 2015

JAGALAH SHOLAT ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI | Saya Cinta Allah


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka Jahanam :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ”Mengapa aku melihat kau berubah muka?”


Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat neraka Jahannam.”


Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”


Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”


Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”


Jawab Jibrail: 


“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ”Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”


Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”


Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”


Maka jawabnya Rasulullah saw “Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


” Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ”


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :


“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN” (Riwayat Ahmad)

DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak” (Riwayat Anas r.a.)

SHOLAT LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SHOLAT itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!

JAGALAH SHOLAT ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI-
Sumber-isusemasa{dot}org

SUBHANALLAH! Doktor Rawat Tuan Guru Nik Aziz Terkejut Tak Pernah Terjadi Kepada Pesakit Lain


Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.  

Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. 

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik. Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.  

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 

 Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. 

Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro.. Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...
SUMBER-ISUSEMASA.ORG

Khamis, 29 Januari 2015

Adakah Anda Sedia Untuk Menghadapi Hari Kiamat ? | Saya Cinta Allah



Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.

Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.HOT!

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.


7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput &  sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

TERKINI Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia (9 GAMBAR) HOT!

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT! 

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..- sumber - taotaoaje





Isnin, 26 Januari 2015

Musibah banjir – Peringatan Allah untuk hamba-Nya | Saya Cinta Allah SWT


 

Musibah banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran dan renungan untuk semua orang yang beriman.

Banjir besar di luar dugaan adalah satu peringatan Allah kepada semua hamba-Nya supaya menginsafi bahawa Allah berkuasa mendatangkan sesuatu azab atau nikmat tanpa diduga, disangka atau diminta. Allah yang bersifat “fa’aalul lima yurid” (melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki) boleh mendatangkan bencana apa sahaja termasuk banjir, tsunami, gempa bumi dan salji tebal.

Bertindak dengan betul ketika ditimpa musibah

Sebagai makhluk yang dicipta kita tertakluk kepada kekuatan yang diberikan Allah. Kekuatan yang diberikan Allah kepada kita adalah sedikit. Kita tidak mampu mengatasi kekuasaan dan kehendak Allah. Kita harus sedar, sumber kekuatan sebenar kita ialah Allah, yakni dengan memohon pertolongan Allah yang bersifat “al Qadiir” (Maha Kuasa).

Dalam berdoa pula kita diberi tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW berkenaan kaedah dan caranya. Apa yang berlaku baru-baru ini menyedarkan kita bahawa masih ramai umat Islam yang tidak memahami kaedah berdoa, walaupun mereka tahu apa maksud dan kehebatan doa.

Perhatikan doa ini yang sering dibaca, hatta sering dipaparkan di kaca televisyen sewaktu musibah banjir melanda negara kita:

“Wahai bumi telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.

Mereka yang bersimpati dan ingin membantu, membaca doa ini begitu sahaja dengan penuh perasaan, tanpa memohon daripada Tuhan pencipta langit dan bumi. Maknanya, kepada siapa mereka bermohon, kepada langit dan bumi?Doa sebegini bersalahan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut.

Pertama, bermohon kepada makhluk iaitu langit dan bumi, bukan bermohon kepada Allah.

Kedua, bersalahan dengan sabda Nabi iaitu “… apabila kamu bermohon, mohonlah dengan Allah, apabila kamu perlu pertolongan mintalah dengan Alla …”.

Ketiga, siapalah kita untuk mengarahkan langit dan bumi. Apakah kita empunya kepada langit dan bumi? Apakah kita Tuhan untuk memerintahkan langit dan bumi? Sepatutnya kita berdoa kepada Allah supaya mengarahkan langit dan bumi yang berada di bawah kekuasaan-Nya.

Keempat, doa yang dimaksudkan bukan doa sebenarnya. Ia adalah kenyataan atau cerita tentang perintah Allah kepada langit dan bumi. Ayat tersebut terkandung di dalam Surah Hud ayat ke-44, firman Allah;

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاء وَقُضِيَ الأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “ dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang Yang zalim”.

Betullah ungkapan yang menyebut, orang yang beramal tanpa ilmu adalah sesat.

Urusan hujan adalah ketentuan Allah

Rasulullah SAW pernah memberi amaran kepada para Sahabat ra bahawa dengan sebab hujan sahaja manusia boleh jadi beriman dan kufur. Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, baginda bersabda:

هل تدرون ماذا قال ربكم ؟ قالوا : الله ورسوله أعلم ، قال : أصبح من عبادي مؤمن بي وكافر ، فأمَّا من قال : مُطِرنا بفضل الله ورحمته ، فذلك مؤمن بي وكافر بالكوكب ، وأما من قال : مُطِرنا بنوء كذا وكذا فذلك كافر بي ومؤمن بالكوكب

Maksudnya: “Tahukah kamu apa yang telah difirmankan Tuhan kamu? Para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah bersabda: Berpagi-pagi ada di kalangan hamba-Ku yang beriman dan kafir. Adapun mereka yang berkata; turunnya hujan adalah dengan kekuasaan Allah dan rahmat-Nya maka dia telah beriman kepada Allah dan kufur terhadap bintang. Adapun mereka yang berkata; turunnya hujan adalah sebab bintang itu dan ini sesungguhnya dia telah kufur kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang.

Diqiaskan kepada masalah banjir. Lebih aula dan jelas. Barangsiapa beriktikad berlakunya musibah banjir disebabkan oleh pembalakan dan penebangan hutan atau sesuatu sebab dari makhluk semata-mata, maka ia termasuk dalam makna hadis di atas, yakni orang yang kufur kepada kekuasaan Allah.

Masyarakat kita perlu dididik

Realiti yang berlaku di pusat pemindahan mangsa banjir memperlihatkan kepada kita betapa rapuh dan ceteknya iman masyarakat Islam kita. Mereka saudara mara kita mungkin. Sahabat handai kita mungkin. Yang pasti, mereka adalah beragama Islam dan rata-rata berbangsa Melayu, yang ditakrifkan sebagai orang yang melayu kepada Tuhannya.

Apa peristiwa menyentuh hati yang berlaku? Pertama, antara aktiviti sukarelawan membantu mangsa banjir ialah mengadakan solat hajat khas dan munajat. Di pusat pemindahan yang menempatkan lebih 500 orang mangsa hanya 10 orang yang bersama sama menunaikan solat hajat dan berdoa, walaupun program tersebut sudah diwar-warkan lebih awal.

Kedua, di masjid-masjid banyak kereta sehingga tidak cukup ruang parking. Masyarakat Islam kita menjadi insaf dengan musibah banjir. Mereka semua bertumpu ke masjid-masjid di kala kesusahan, memohon pertolongan Allah dan melakukan amal soleh dengan solat berjamaah. Sangkaan itu meleset apabila kita memasuki masjid. Hanya kereta sahaja “park” di masjid, tetapi tuannya tidak. Solat berjamaah hanya satu saf. Itu pun tak penuh. Kalau mengikut jumlah kereta seolah olah jemaahnya menyamai solat Jumaat. Itulah masalahnya. Kereta mahu selamat daripada bencana banjir, tetapi diri sendiri tidak terfikir untuk selamat daripada bencana api neraka.

Marilah kita mendidik bangsa kita memahami dan beramal dengan Islam yang sebenar. Atau amal mentarbiyyah bangsa sendiri pun masih ada yang mengganggapnya sebagai “assabiyyah”?

Muhasabah

Marilah kita merenung dengan ikhlas, apakah dosa kita sehingga Allah memerintahkan langit mencurahkan hujan yang membawa kebinasaan. Allah berfirman, “Terjadinya kerosakan di muka bumi ini akibat apa yang diusahakan oleh tangan-tangan manusia sendiri..”.

Apa yang telah kita lakukan? Tidak beriman? Tidak solat, berpuasa, berzakat atau haji? Syirik? Menolak hukum hudud? Bermusuh sesama muslim dan bersahabat dengan orang kafir? Berpecah belah? Memutuskan silaturrahim? Mengambil orang kafir sebagai wali? Memesongkan ajaran Islam atas nama keadilan hak asasi manusia? Menyembunyikan ajaran Islam dengan sebab kepentingan tertentu atau melunakkan Islam dengan sebab menjaga hati dan perasaan sekutu-sekutu politik atau membiarkan kemungkaran berlaku tanpa pencegahan?

Marilah kita meletakkan iktikad bahawa apa yang berlaku adalah perancangan dan kehendak Allah yang menghendaki kita berfikir sebaik-baiknya.

“Ya Allah, tidaklah Engkau jadikan semua bencana dan malapetaka ini suatu yang sia-sia melainkan ada sesuatu di sebaliknya, Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka”.

Bukan semua tindakan merotan kanak-kanak adalah perbuatan jenayah | Saya Cinta Allah SWT

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Peruntukan dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

Sebaliknya, kementerian itu menjelaskan, apa yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang itu ialah memasukkan peruntukan yang lebih terperinci mengenai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak, dan ini termasuklah perlakuan merotan.

“Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi.

“Di samping itu, kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus keibubapaan,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu di sini hari ini.

KPWKM menjelaskan bahawa tindakan memperhalusi undang-undang itu adalah selaras dengan cadangan terdahulu untuk memansuhkan Seksyen 91(1)(g) Akta Kanak-Kanak 2001 yang buat masa ini mahkamah dibenarkan untuk menjalankan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang didapati bersalah.

Beberapa media hari ini melaporkan kenyataan menteri KPWKM, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai berkata, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya undang-undang baharu untuk menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 mendapat kelulusan parlimen.

Ekoran laporan itu, beberapa pihak tampil meminta penjelasan serta menyarankan agar kementerian mengkaji semula sekiranya cadangan itu benar-benar mahu dilaksanakan.

Dalam pada itu, kementerian turut menjelaskan cadangan untuk memansuhkan hukuman sebatan di peringkat mahkamah adalah selari dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Pada masa ini Seksyen 91(1)(g) Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah.

“Hukuman sebatan di mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC, kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut,” menurut kenyataan itu. – sumber-berita harian


Ahad, 25 Januari 2015

Hakikat Kehidupan Dunia - Saya Cinta Allah


Kehidupan dunia yang kita jalani saat ini dan kebanyakan dari kita sangat disibukkan di dalamnya dengan perkara-perkara materi, seperti makanan dan minuman, dan perkara-perkara maknawi seperti nama baik dan jabatan, hanyalah rentetan waktu sementara yang kita nikmati dan kita manfaatkan, untuk kemudian hilang dengan cepat. Orang yang tergoda dengan dunia dengan berbagai kesenangannya, ia telah teperdaya dan tertipu selamanya, sebab kehidupan dunia dan harta benda yang ada di dalamnya adalah kesenangan yang sedikit, ia menipu manusia dan memberinya angan-angan batil. Merupakan kewajiban bagi seseorang yang memiliki akal yang cerdas dan benar untuk tidak tertipu dengan dunia dan tidak berlebih-lebihan dalam mencintainya, jika tidak maka ia akan tertimpa keburukan dunia ketika hendak meninggalkannya.[1]


Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memperingatkan tentang hal ini dengan firman-Nya,

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“…..Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. Ali ‘Imran: 185)

Kehidupan manusia adalah sebuah sekolah besar, sekaligus medan bagi perlombaan amal kebaikan, persaingan yang terhormat, bekerja dan berkontribusi, serta berisi pengorbanan dan pembangunan. Dan, sudah menjadi sunnatullah bahwa semuanya akan berkakhir, akan datang ajal yang telah ditetapkan dan kematian yang pasti. Barangsiapa melakukan amal kebaikan maka ia akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Barangsiapa lalai dalam menunaikan kewajibannya maka ia teperdaya dan tertipu.[2]

Dunia hanyalah jembatan menuju akhirat. Barangsiapa menyeberang secara baik, dengan melakukan amal kebaikan bagi diri sendiri dan umatnya, maka ia akan mencapai tujuan, ia seorang yang berakal dan sadar akan jati dirinya.

Oleh karena itu Allah Ta’ala mengingatkan dalam awal ayat 185 surah Ali ‘Imran dengan firman-Nya,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung.

Ayat di atas ini merupakan nasihat sekaligus penghibur bagi Rasulullah saw. dan umatnya terkait dengan perkara dunia dan penghuninya, bahwa dengan memikirkan kematian segala urusan menjadi ringan. Seseorang tidak lagi merasa berat menghadapi kesulitan, problematika, dan hal-hal menyakitkan di dunia. Sebab, setiap manusia berjalan ke arah kematian. Barangsiapa berlaku buruk terhadap diri sendiri, agama, dan umatnya, maka perlakuan buruk tersebut terbatas dan temporal, tidak ada alasan untuk berkeluh kesah   dan sakit hati, dia akan mendapatkan balasan   secara sempurna. Barangsiapa beriman dan berbuat baik, maka pada hari Kiamat pahala dan haknya akan ia terima secara sempurna, tanpa sedikit pun dikurangi.[3]

Hamba-hamba Allah yang dijauhkan dari neraka yang penuh dengan berbagai macam azab dan dimasukkan ke dalam surga, maka dialah yang memperoleh keberuntungan yang besar. Pernyataan ini memberi pengertian bahwa pekerjaan manusia dalam keseluruhannya mendorong mereka kepada neraka. Sebab, perbuatan-perbuatan buruk yang didasari hanya untuk memenuhi syahwat (kesenangan duniawi) lebih menonjol daripada perbuatan-perbuatan kebajikan. Maka, apabila di akhirat nanti seseorang dilepaskan dari azab, hal itu merupakan suatu keberuntungan yang besar, Orang yang dijauhkan dari neraka adalah orang yang lebih kuat sifat-sifat kerohanian (spiritual)-nya dibandingkan dengan sifat-sifat yang hanya mengejar kesenangan duniawi.[4]



Hadits-Hadits dan Nasihat Untuk Renungan

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda:
“Tempat untuk sebuah cemeti di surga lebih baik daripada dunia dan seisinya. Bacalah oleh kalian, jika kalian suka, “Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam surga, maka sungguh ia beruntung.”

Hadits ini diriwayatkan juga dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim tidak memalui jalan ini, dan tanpa adanya tambahan tersebut.[5]

Dari ‘Uqbah bin Amir r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda,
”Demi Allah, sesungguhnya aku tidak khawatir dengan kemusyrikan kalian sepeninggalku. Akan tetapi hal yang paling aku khawatirkan atas kalian adalah (dunia) dimana kalian berlomba-lomba dalam meraihnya.” (HR. al-Bukhari)

Mengenai firman-Nya, “Kehidupan dunia itu tidak lain kesenangan yang memperdayakan.” Qatadah berkata, yaitu kesenangan yang pasti ditinggalkan. Demi Allah, yang tiada ilah selain Allah, dunia itu nyaris akan lenyap dari tangan pemiliknya. Jika kalian mampu, maka ambillah dari kesenangan itu untuk ketaatan, sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah.[6]
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah[7] mengatakan: Orang yang mencintai dunia secara berlebihan tidak akan lepas dari tiga macam penderitaan:
Pertama, kekalutan pikiran yang selalu menyertainya.

Kedua, kepayahan yang tiada henti.

Ketiga, penyesalan yang tiada berakhir.

Hal ini dikarenakan orang yang mencintai dunia secara berlebihan jika telah mendapatkan sebagian dari harta benda duniawi, maka nafsunya tidak pernah puas dan terus berambisi mengejar yang lebih daripada itu, sebagaimana dinyatakan dalam hadits, Rasulullah Saw. bersabda,

“Seandainya seorang manusia memiliki dua lembah (yang berisi) harta (emas) maka dia pasti (berambisi) mencari lembah harta yang ketiga.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).



Hikmah dan Pelajaran

Hidup di dunia yang fana yang kita jalani sekarang ini dengan aneka kesenangan, keindahan dan segala kenikmatan di dalamnya, hakikatnya hanyalah sebuah tipu daya. Karena itulah, kita harus berhati-hati dalam mencari kenikmatan dunia, sebab kenikmatan itu bagaikan fatamorgana, yang tiada batasnya. Setiap kita memperoleh sesuatu kenikmatan, akan timbul keinginan untuk mencari yang lain.[8]
Firman Allah Ta’ala, “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Hal itu dimaksudkan untuk memperkecil nilai dunia sekaligus menghinakannya, dan bahwa dunia juga bersifat sangat fana dan sebentar, serta akan musnah binasa.[9]
Dalam ayat yang mulia ini terdapat dorongan untuk bersikap zuhud terhadap dunia, di mana ia tidak kekal dan akan fana, dunia juga merupakan kesenangan yang memperdaya; nampak indah dan menyilaukan, namun sesungguhnya ia akan binasa dan berpindah ke negeri yang kekal, negeri di mana amal manusia akan diberi balasan secara sempurna.[10]

"Islamophobia" di Australia

ISLAMOPHOBIA DI AUSTRALIA
Tebusan pada Isnin (15/12/2014) di Lindt Chocolate Cafe di CBD Sydney dilakukan oleh seorang lelaki bernama Haron Monis.

Malangnya, dalam drama ini (kalau boleh dibilang drama), laki-laki tersebut menggunakan bendera hitam yang bertuliskan kalimah syahadah, iaitu "Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah". Beberapa komuniti Muslim di Australia mengutuk aksi laki-laki ini.

Ketika mendengar berita itu melalui ABC News, kebimbangan mula muncul di kepala saya. Again ??? Baru saja rasanya sebulan yang lalu berita tentang pemenggalan kepala oleh ISIS mulai menghilang dari pembicaraan. Sekarang, berita seperti ini muncul lagi. Tersebarnya video-video pemenggalan yang dilakukan oleh ISIS melalui berita-berita Australia cukup memberikan kesan yang negatif, terutama bagi perempuan Muslim di Australia. Beberapa perempuan Muslim berhijab, dan masjid menjadi sasaran dari Islamophobia di Australia.

Tentu saja ada kebimbangan yang muncul di kepala saya kerana saya perempuan, Muslim, dan "jelas sekali" kerana saya mengenakan hijab atau tudung. Fikiran itu menari-nari di kepala saya. Saya takut jika tiba-tiba ada orang yang menyerang saya dengan kata-kata jahat atau orang-orang melihat saya dengan rasa takut seperti melihat hantu atau perasaan benci. Mungkin beberapa perempuan Muslim di Australia berfikiran sama seperti saya.

Fikiran kumpulan minoriti di Australia.

Sungguh saya sebelum ini tidak pernah punya perasaan dan fikiran seperti ini ketika saya tergolong majoriti di Indonesia. Dalam hati, saya berkata, inilah mungkin yang dirasakan oleh mereka yang minoriti di beberapa negara. Kita tidak pernah merasakan hal seperti ini bukan, kalau kita tidak pernah jadi minoriti? Tidak boleh dinafikan, adanya perasaan-perasaan seperti itu justru membuat saya merasa tercabar. Saya cuba menunjukkan sikap, tindakan, dan peribadi bahawa kami Muslim, bukan pengganas.

Selama hampir 4 tahun di Australia, saya sudah 3 tahun menjadi sukarelawan dalam kumpulan persahabatan budaya di sebuah pusat untuk keluarga dan anak-anak, di tempat tinggal saya. Tujuan saya adalah untuk berteman dengan orang dari pelbagai negara dan agama serta melatih bahasa Inggeris saya. Dalam kumpulan ini, saya dengan bangga memperlihatkan budaya saya sebagai orang Indonesia, dan dengan senang hati menjelaskan tentang Islam kepada rakan-rakan "bule" saya.

Mereka meresponsnya dengan positif. Saya percaya Islamophobia timbul kerana kejahilan mereka tentang Islam.

Hari Selasa pagi, saya muncul di pejabat, tempat saya menjadi sukarelawan. Seorang teman menyambut saya dengan gembira. Teman saya itu mengatakan bahawa dia memikirkan saya semalam. "Saya memikirkan teman-teman Muslim saya yang lain," katanya. Dia bertanya khabar saya hari ini. Saya ceritakan tentang kebimbangan saya kepada dia, kemudian dia mengatakan kepada saya bahawa jika ada apa-apa, jangan ragu untuk menghubungi beliau. Saya berterima kasih atas tawaran tersebut, dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak apa-apa. Saya ceritakan kepadanya tentang sesuatu yang saya baca pada pagi ini. Saya mengatakan kepadanya, hal ini yang membuat kebimbangan saya berkurang.

Pagi ini saya bangun dan membaca artikel Sydney Morning Herald yang berjudul "#Illridewithyou" yang menyebar begitu cepat di internet. Saya sangat terkesan dengan ini, dan kemudian saya bagi di dinding FB saya. Artikel tersebut menceritakan seorang perempuan Brisbane bernama Rachel Jacobs berkaitan sikapnya yang sungguh mulia terhadap seorang Muslim yang diam-diam mahu melepaskan hijabnya di stesen kereta kerana rasa takut. Rachel menyemangati perempuan tersebut untuk kembali mengenakan hijabnya dan menawarkan untuk menemaninya. Beberapa warga Australia juga menyokong tindakan ini dengan meng-update status #illridewithyou di akaun FB mereka. Apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang saya anggap kumpulan majoriti ini sungguh sesuatu yang luar biasa buat saya.

Di Queensland sendiri terdapat FB kumpulan Indonesian Islamic Society of Brisbane (IISB) yang selalu tanggap dan update jika hal-hal seperti ini terjadi. Sementara itu, di Gold Coast, di kawasan tempat saya tinggal, ada Islamic Society of Gold Coast (ISGC) atau Masjid Gold Coast yang bekerja sama dengan Polis Queensland, yang siap melayani apabila berlaku keganasan berkaitan perkauman, begitu pula dengan nombor-nombor penting yang harus disimpan apabila diskriminasi berlaku.

Masjid-masjid di Queensland juga mempunyai peranan luar biasa sebagai pengimbang berita-berita tentang Islam yang berkembang di Australia. Sebulan yang lalu, masjid-masjid di Queensland mengadakan open day. Salah satunya Masjid Gold Coast, yang berada di persekitaran saya. Masjid-masjid ini mempersilakan warga non-Muslim untuk datang dan masuk ke dalam masjid, serta memperkenalkan Islam kepada warga Australia pada umumnya, tanpa memandang perbezaan agama dan bangsa. Melalui hal ini, mereka cuba memberi pemahaman tentang Islam bagi orang Australia yang datang dalam acara tersebut. Perjuangan Muslim di Australia sungguh luar biasa.

Drama "SydneySiege" telah berakhir untuk masa ini. Kebimbangan dan berjaga-jaga tetap perlu, tetapi tidak perlu berlebihan. Saya bersyukur dan gembira tinggal di Australia, yang mempunyai pemandangan indah serta rakan-rakan yang baik. Hari ini saya sudah kembali ke jalan, dan tetap mengenakan hijab ke mana pun saya pergi

Advertisement

Sharing is Caring !