Tehran, Iran –
Seorang pemuda telah dipaksa untuk 'berkahwin' dengan seorang gadis di
Iran sehari sebelum gadis berkenaan dihukum bunuh. Tujuan 'perkahwinan'
tersebut berlansung semata-mata bagi membolehkan hukuman mati
dilaksanakan keatas gadis berkenaan.
Remaja lelaki yang tidak dimaklumkan identitinya itu merupakan pengikut pemimpin Spiritual Iran, Ali Khameini. Memetik laporan The Jurussalem Post,
pemuda yang baru berumur 18 tahun ini telah diberikan kebenaran untuk
berkahwin dengan wanita muda yang akan menjalani hukuman bunuh.
Berdasarkan
undang-undang Agama Syiah di Iran, seseorang wanita yang masih dara
tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati. Maka untuk 'mengesahkan'
undang-undang berkenaan, pemerintah Iran telah mengadakan upacara
'perkahwinan' kecil-kecilan dengan seorang pemuda yang 'terpilih' pada
malam sebelum wanita muda berkenaan menjalani hukumannya.
Usai
'perkahwinan' pada malam itu, wanita dan pemuda berkenaan telah
melakukan hubungan seks yang sekaligus meragut 'daranya' lalu
membolehkan hukuman mati dilaksanakan pada keesokkan harinya.
“Saya menyesal kerana telah melakukannya (hubungan seks) meskipun perkara itu 'sah',”
Pemuda berkenaan menambah, dirinya tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang hari hukuman mati isterinya.
“Saya selalu teringat saat dia menangis setelah hubungan seks itu selesai,” ujarnya.
“Dan saya tidak
akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya
sendiri sehingga terjadi luka hasil goresan,” ceritanya sedih.