"Suatu kisah yang
diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala
Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.
Seorang lelaki melewati
sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba
ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah
kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan
berdebar.
Terpegun dan kaku
melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak
atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya
sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu
datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat
ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada
orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan
pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah
pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri
simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati
terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan
siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan
seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan
muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan
dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar
menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu
bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam
kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara
yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada
setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan
mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al
Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan
dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan
membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an
itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai
sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah
mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah,
maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat
mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya
setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat
naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan
selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya
,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka
lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini
sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia
sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia
mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita
menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di
dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan
semula untuk bacaan semua."