Khamis, 4 Disember 2014

Wow | Idea Kreative Membuat Ukiran Pada Buku

Kebiasaan ukiran pada kayu kan, tapi nieh tao nak kongsikan kat korang selain dari kayu ade gak ukiran yang pelik lagi kreatif. Haaa dimana idea kreatif ini membuat ukiran pada buku.

Seorang kaki seni Kylie Stillman menularkan seni ukiran yang unik dengan memanfaatkan buku lama yang sudah tidak dibaca lagi.

Kalau korang nak tau, Kylie Stillman menggunakan pisau bedah,Stillman memotong tepat ke tumpukan buku dan membuat relief terbalik serta campuran pohon dan juga beberapa binatang yang menjadikan karya ukir ini elok dipandang mata. Berikut seni ukir buku yang unik.


Style jer kan...korang tak nak cuba? Tapi jangan la pulak guna buku-buku baru tu membazir nama nyer..hehee

Rabu, 3 Disember 2014

Bayi dua muka di lahirkan di Kashmir

- Wow pelik sungguh dimana di Kashmir seorang bayi telah dilahirkan dengan mempunyai dua muka. Sebelum ini ade jugak banyak kejadian-kejadian pelik yang terjadi contohnye bayi berkepala dua, bayi berkepala katak dan bayi bermata satu.


Ape la nasib bayi nih...kesian tao tengok

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Bayi dua muka dilahirkan di HFH
Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

Selasa, 2 Disember 2014

SUBHANALLAH! - Inilah 5 Peristiwa Ajaib yang Mengiringi Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

- Salamualaikum dan Salam maulidurrasul kepada semua umat islam.. sempena maulidur rasul pada 14 Januari 2014 baru-baru ini.. dikesempatan ini tao nak kongsikan kepada korang semua info akan 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Kelahiran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan anugerah besar. Ini kerana pada 40 tahun kemudian, beliau telah diutus menjadi Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Jazirah Arab dari kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam.
Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah telah nampak sejak beliau dilahirkan. Dimana, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Nabi ini:

1. Penghancuran Pasukan Gajah


Tahun kelahiran Rasulullah dikenal sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari sebelum beliau dilahirkan berlakunya persitiwa ajaib. Dimana Ka’bah diselamatkan Allah dari serbuan pasukan gajah.
Adalah Abrahah Ash Shabbah Al Habsi, Raja Yaman, mendirikan gereja sangat besar di Shan’a. Ia berharap orang-orang Arab yang biasa berhaji ke Makkah akan mengalihkan perhatiannya ke sana. Nyatanya, gereja itu tidak mengusik daya tarik ka’bah.
Abrahah semakin marah ketika ada seseorang dari Bani Kinanah yang melumuri pusat kiblat gereja dengan kotoran. Ia pun kemudian menghimpun enam puluh ribu pasukan. Sebagai kenderaan, ia memilih gajah yang paling besar. Pun sebagian pasukannya menaiki gajah sehingga dikenal sebagai pasukan gajah.
Setibanya di Wadi Muhasshir, antara Muzdalifah dan Mina, tiba-tiba gajahnya menderum. Tak mau bangkit mendekati arah Ka’bah. Jika diarahkan ke arah lain, gajah itu mahu berjalan. Tetapi jika dicuba kembali diarahkan ke Ka’bah, gajah itu menderum lagi. 
Dalam keadaan demikian, Allah mengirimkan burung-burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu panas menghancurkan mereka. Maka, selamatlah ka’bah. Dan tahun itu pun disebut sebagai tahun gajah.
2.  Keluarnya Cahaya saat Rasulullah Dilahirkan


Seluruh ulama sepakat bahawa Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awal tahun Gajah. Namun mengenai tarikh tersebut terdapat perselisihan pendapat. Majoriti ulama berpendapat pada tarikh 12 Rabi’ul Awal. Sedangkan sebahagian lagi ulama termasuk Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury berpendapat bahawa 9 Rabi’ul Awal adalah tarikh sebenar Rasulullah dilahirkan.
Pada hari kelahiran Rasulullah terjadi sejumlah peristiwa ajaib. Diantaranya adalah keluarnya cahaya dari jalan kelahiran Rasulullah hingga menyinari istana-istana di Syam.

“Setelah bayiku keluar, aku melihat ada cahaya yang keluar dari rahimku, menyinari istana-istana di Syam,” kata ibunda Rasulullah, Aminah, seperti diriwayatkan Ibnu Sa’d dan dinukil Syaikh Shafiyurrahman Al Mubarakfury.
Menurut penulis Sirah Nabawiyah Rahiqul Makhtum ini, Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Al Arbadh bin Sariyah yang isinya serupa dengan perkataan tersebut.
3. Runtuhnya 10 Balkon Istana Kisra
4. Padamnya Api yang Biasa Disembah Orang-orang Majusi
5. Runtuhnya beberapa Gereja di Sekitar Buhairah
Peristiwa ke-3 hingga ke-5 ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi. “Sekalipun tidak diakui oleh Muhammad Al Ghazali,” kata Al Mubarakfury. Muhammad Al Ghazali adalah ulama Mesir penulis kitab Fiqhus Sirah.
Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]                                                       sumber : bersamadakwah.com

Isnin, 1 Disember 2014

SUBHANALLAH! - Air Terjun Niagara Membeku Disebabkan Kesejukan Melampau

- Air Terjun Niagara adalah salah satu air terjun yang terindah dan terunik. Alangkah mengejutkan apabila kini air terjun yang unik tersebut telah membeku di sebabkan oleh Polar Vortex, fenomena alam berupa aliran besar udara sejuk yang berputar di jarak puluhan ribu kaki di bawah atmosfera. Fenomena inilah yang menyebabkan sebahagian besar wilayah di Amerika membeku.
Niagara terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada yang sudah tersohor di kalangan pelancong kerana kemegahan air terjunnya. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya kelihatan seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa boleh dijumpai di dalam gua.
Meskipun telah membeku, namun air sungai Niagara tetap mengalir sehingga menjadi tirai ais. Beberapa orang penduduk yang kuat melawan hawa dingin kelihatan berjalan-jalan di sekitar Niagara untuk menyaksikan pemandangan tak lazim tersebut.




Ahad, 30 November 2014

GEMPAR! - Apabila Mesir dituruni Salji menggemparkan dunia.

- Antara berita yang menggemparkan dunia pabila mesir dilitupi salji pada 13 Disember 2013. DIkatakan mesir kini dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun. Dikatakan juga, palestin dituruni salji sepertimana yang berlaku di mesir.

Bandar Cairo, Mesir dihujani salji. Kini, keadaan sedikit tenang di Cairo berikutan hujan salji yang sudah mulai turun.
Kini, keadaan jalan-jalan mulai lengang disekitar Cairo. Terdahulu, pada awal 2013, bandar Iskandariah pernah dihujani salji. Namun ini adalah pertama kali Cairo dituruni salji. Begitulah keadaan salji turun di Mesir. Mesir, merupakan sebuah bumi para Anbiya’ yang penuh dengan 1001 sejarahnya yang tersendiri.
Turunnya salji di bandar Cairo juga menjadi tajuk2 berita di beberapa berita antarabangsa.
Mirror News akhbar based UK, melaporkan ;

It is a city known for being hot and stuffy.
But as these incredible pictures show, Cairo has an altogether different look today.
The Egyptian capital has seen snowfall for the first time in 112 years.
As reported by Buzzfeed, Egyptians who had witnessed snow for the first time in their lives were left amazed - with the Arabic word for snow trending on Twitter.
Incredible pictures showing the normally sultry city were also posted. One of the more bizarre images showed a camel sitting down in the snow.
Other countries including Turkey, Syria and Israel also experienced widespread snow.
Temperatures have dropped so much that in Turkey they have been below the monthly average by almost 10C.
source : http://www.mirror.co.uk/news/world-news/cairo-snow-egyptian-capital-sees-2923418

Mungkin ramai yang tak tahu dimana padang pasir arab saudi sebelum ini telah dilanda salji yang sangat lebat pada januari yang lepas. Begitu juga dengan palestin di turuni salji pada march tahun lepas.

Sepertimana yang kita dengar,mengaitkan perubahan iklim cuaca ini dengan tanda-tanda kiamat. Tetapi bagi orang di Mesir sendiri mereka beranggapan salji ini sebagai pengubat duka jiwa mereka yang kepanasan selepas mengalami krisis politik yang berterusan di negara mereka.

Berikut gambar2 Kaherah dilitupi salji yang dikongsikan oleh mereka2 yang berada di bandar itu :







Berdasarkan Hadis Abu Hurairah : Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai . Apabila salji sudah turun dan cahaya matahari menghangatkan udara maka ais akan cari dan aliran air akan berlaku dan terjadinya sungai dan sungai itu dalah salah satu tanda kiamat. Setelah terjadi sungai-sungat tanah akan menjadi suber dan mula ditumbuhi tanaman.

Antara sebahagian dari kiamat :
• Ayat Al quran akan hilang
• Kaabah akan menjadi timbunan tanah
• Sangka kala akan ditiup 2kali
• Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Mungkin korang semua tidak tahu dimana telah terjumpanya di satu kawasan di padang pasir arab saudi terdapatnya hutan di bawah tanah.

Jumaat, 28 November 2014

Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia KIAMAT SEMAKIN HAMPIR | Saya Cinta Allah Swt

 Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.



SUBHANALLAH! - Rahsia Musytari Perisai Bumi Dalam Al-Qur'an Dan Sains

Apakah korang semua tahu dimana planet kita mempunyai perisai yang di bina dengan 7 lapisan langit dan juga sebuah planet yang besar bagi mengelakkan daripada pelbagai objek di angkasa di bumi langsung palanet itu, Musyrari sebagai penyelamat atau perisai bagi planet bumi.
Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.
Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.
Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.
Berikut petikan yang diambil dari website NASA.
Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.
[Sumber : NASA]
Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.
Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.
7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.
Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.
Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).
Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,
"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"
[Surah Al-Anbiya: 32]
Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah juga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran melalui ayat,
“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”

[Surah Al-Baqarah: 29]
SUMBER : DetikIslam

  : Subhanallah, lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah.. diberikan kita pelindungan oleh Planet Musytari dan juga 7 lapisan langit lagi di buktikan di dalam Al-Quran. Sebenarnya tao sendiri baru tau dimana Musytari itu salah satu perisai bumi yang menarik segala meteor yang lalu ke bumi. Subhanallah... tidak terhingga kehebatan Mu ya Allah. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam

PENJELASAN! - Apabila Mekah Bergelap Pada Tengahari Seakan Malam Diselubungi Awan Merah

Semua orang tahu bahawa kota suci Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Satu peristiwa ganjil dan unik telah berlaku semalam apabila langit di Mekah bertukar menjadi merah pekat dan menjadi gelap pada jam 1.30 waktu tengahari seakan malam macam pukul 9. Haa, jangan terkejut, ini benar-benar berlaku ..
Benar dan menakutkan. Kelihatan orang yang yang mengejakan tawaf di hadapan Baitullah menjadi pelik,cemas dan kehairanan. Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Mekah?? Peristiwa pelik-pelik telah membuatkan ramai umat Islam di seluruh dunia berfikir sejenak.. Kerajaan Mekah masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kejadian yang melanda negara suci itu semalam.
Adakah ini satu petanda kepada dunia?? Apakah yang terjadi sebenarnya kepada dunia masa kini??
Sama-samalah kita mengubah diri kita kearah yang lebih baik pada masa hadapan..Tiada siapa yang mampu menghalang kuasa Tuhan kan..Percayalah…

PEMBONGKARAN! - Seorang Doktor NEUROLOGI U.S Menemui Keajaiban ALLAH S.W.T

- Seorang Doktor NEUROLOGI U.S Menemui Keajaiban ALLAH S.W.T. | Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
gambar hiasan
Mari kita lihat apakah penemuan-penemuan oleh Doktor ini;

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya. Seperti mana sebelum ini tao juga ada terangkan di mana kelebihan berpuasa dapat mengelakkan dari otak mengecut korang boleh baca di SINI (LINK)
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
 
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

SUBHANAALLAH! - Keajaiban Al-Quran ini tidak hancur digilis bulldozer Israel .

- Israel jahanam datang lagi apabila menghancurkan Masjid seawal pagi sewaktu penduduk tempat tersebut hendak solat subuh. Satu keajaiban berlaku di dalam penghancuran Masjid Al-Mafqara oleh tentera Israel di Hebron Selasa, 4 Desember 2012.

Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik

Saksi mengatakan pasukan Israel beserta buldoser dan alat berat menyerang desa tersebut seawktu subuh dan secara paksa mengusir semua orang yang berada di dalam masjid tersebut sewaktu bersiap untuk melakukan solat subuh.

Sebelum ini juga terdapat kisah keajaiban sewaktu perperangan gaza yang di ceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari lepas [LINK]
Halnya, dalam penghancuran Masjid itu, terdapat sebuah Kitab Suci Al-Quran yang ditemukan dalam keadaan baik bahkan langsung tidak rosak dan tidak hancur.

Padahal, semua benda lain telah pun menjadi lumat, inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T
Ketika terjadinya penghancuran Masjid, para penduduk palestin di wilayah itu cuba mempertahankannya. Teriakan takbir bergema dimana-mana dari segi anak-anak, orang muda, mahupun orang tua.
Seorang lelaki Palestin memegang Al-Qur'an yang terselamat sewaktu ia berjalan melihat kehancuran sebuah masjid yang dihancurkan oleh pasukan Israel di desa al-Mufaqara pada 04 Desember 2012. (Photo: PressTV)

Masjid ini sebelumnya pertama kali dihancurkan pada tahun 2011. Israel sendiri sudah mengeluarkan perintah pembongkaran pada tahun 2003.

Radio Israel mengatakan masjid itu dibangun tanpa izin. Namun, warga al-Mafqara mengatakan penghancuran tersebut merupakan sebahagian dari rencana Israel yang lebih besar untuk memperluas permukiman Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki.
Pada bulan Jun tahun ini, penduduk desa dan aktiviti internasional mencuba untuk membina semula masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera Israel.
Pemerintah Israel akan membuat zon latihan tentera di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lainnya.

Fakta Laut Menurut Al-Quran Nur Karim | Saya Cinta Allah Swt


 Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan:

1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan tenaga dan sinar matahari; dan laut dalam di mana tenaga dan sinar matahari tidak lenyap.

2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berukuran antara puluhan hingga ratusan kilometer.

Sedangkan tinggi gelombang dalam berukuran antara 10 hingga 100 meter.

4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

5) Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk.

 Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.
6 ) Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.
Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.
Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

7) Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

“Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

 Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.
Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan:
 “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air. ’’
8) Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.
Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.

SEJARAH! - Kota Pompeii Yang Penuh Dengan Kemaksiatan | Saya Cinta Allah Swt


 Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..

Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

SERIUS! - Pakar Matematik Cabar Al-Quran,Seterusnya Apa yang Berlaku Selepas Itu Sangat Mengejutkan

 Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh “surah” (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.

Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama “Muhammad” (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan “.

Dr Miller berkata tentang ayat ini: “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana “.

Beliau juga berkata tentang ayat ini: “Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. “

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):

“Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? “

Dia berkata: “Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori” Great Explosion “. Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.

Dr Miller berkata: “Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. “Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.

“Apabila engkau hendak membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam” Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan “.

Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.

Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? “. Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

“Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! “Al-Quran, Bab 111.

Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang “Pemalsuan Ujian”, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.

Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.

Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?

“Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, “Kami adalah orang Kristian”: kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi” Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.

Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:

“Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) “Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.

“Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa “Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.

“Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka” The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.

Dr Miller meneruskan: “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu “.

Dr Garry Miller meneruskan: “Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.”

SUBHANALLAH! - Rahsia Keajaiban & Keanehan Air Zam-Zam Mengalir Tanpa Henti Ditemui Saintis

 Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).



Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.


Advertisement

Sharing is Caring !